Rakyat Rindu Kestabilan Dan Kemakmuran Zaman Pemerintahan UMNO/BN: Mohd Rafi

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

LABUAN: Hanya UMNO/BN yang mampu membawa negara ke arah kestabilan dan kemakmuran berdasarkan rekod lebih dari 60 tahun memerintah, kata Ketua Umno bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Datuk Mohd Alli Hassan

Beliau berkata, perkara itu dizahirkan oleh ahli-ahli akar umbi ketika UMNO bahagian itu turun padang melakukan program Ziarah Kasih Ramadan di Pulau Bebas cukai itu sempena bulan Ramadhan tahun ini.

Menurut Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, rata-rata rakyat merindukan zaman pemerintahan UMNO/BN yang sentiasa menitikberatkan soal kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Pendekatan dan gerak kerja UMNO/BN dalam soal menjaga kebajikan rakyat memang berbeza dengan parti-parti lain, kita sentiasa turun padang menyantuni rakyat yang ditimpa musibah tanpa musim ,inilah kelebihan dan budaya kerja yang kita terapkan dalam kepimpinan UMNO khususnya di bahagian Labuan,” katanya ketika ditemui di sini selepas menlakukan ziarah kasih Ramadan di kampung Ranca Rancha Laut di sini kemarin.

Beliau yang diwakili oleh Ketua Cawangan UMNO Rancha-Rancha Laut Risman Hussein dan kepimpinan UMNO bahagian turut mengaih-agihkan sumbangan kewangan dan bakul makanan kepada 500 orang penerima semasa majlis tersebut

Menurut Mohd Rafi bagi mempastikan kewujudan UMNO itu sendiri ada bersama rakyat pendekatan program kali ini digerakkan bersama dengan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi.

“Kita mahu fungsi dan peranan UMNO itu tidak hanya digerakkan oleh kepimpinan bahagian tapi pemimpin akar umbi perlu terlibat agar UMNO itu benar benar dirasai kehadiranya oleh ahli dan rakyat,” jelas beliau.

Bagi Ketua Cawangan UMNO Rancha-Rancha Rosman Hussein, pendekatan yang dilakukan oleh Ketua UMNO bahagian yang melibatkan secara langsung UMNO di peringkat cawangan-cawangan merupakan pendekatan yang terbaik dengan penjenamaan UMNO sebagai sebuah organisasi yang berfungsi di semua peringkat.

Katanya, majoriti ahli UMNO yang ditemui bersetuju hanya UMNO/BN yang dapat membawa kestabulan dan kemakmutan kepada negara berbeza dengan parti parti lain.

“Sebenarnya rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan corak pemerintahan UMNO/BN yang banyak menabur jasa kepada rakyat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles