KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong menggesa agar Kementerian Kerja Raya lebih serius dan peka dalam memberi perhatian kepada hak dan kepentingan Sabah dengan sewajarnya.
Beliau menyatakan rasa kesal dan kecewa kerana Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad tidak menjawab soalan secara lisan beliau dengan sebaiknya mengenai isu-isu keperluan semasa di Sabah yang perlu diselesaikan dibawah kementerian itu.
Sejurus tidak mendapat jawapan lisan, Vivian juga meminta kementerian berkenaan untuk menjawab soalan beliau secara terperinci dalam jawapan bertulis.
Beliau bertanya kepada Kementerian Kerja Raya mengenai beberapa soalan termasuk kemajuan dan butiran Lebuhraya Pan Borneo, projek menaiktaraf Lebuhraya Persekutuan, kerja-kerja naiktaraf dan membaiki jalan serta pembinaan jalan-jalan, rancangan naiktaraf bulatan Batu 7, penyelenggaraan dan bil lampu Jalan, lampu isyarat dan jalan persekutuan, naiktaraf jambatan serta kajian perlindungan atau pembaikan cerun semasa sesi perbahasan jawatankuasa Jabatan Kejuruteraan Bajet Dewan pada suku kedua sesi ke-15 petang semalam.
Enam perkara yang ditanya Vivian tidak mendapat jawapan yang diperlukan daripada kementerian berkenaan.
Vivian bertanya berapakah Belanjawan 2023 untuk Lebuhraya Pan Borneo akan diperuntukkan kepada Sabah, bahagian mana yang akan dibina, dan apakah kemajuan pakej 28-30 yang berkaitan dengan bahagian Jalan Batu 32 ke Telupid, dan bilakah ia dijangka siap?
Di samping itu, Vivian juga menyatakan keraguannya tentang penggantungan pakej 27A Projek Libaran bypass selama 5 tahun.
Jelasnya, pihak kementerian dan semua juga mesti tahu bahawa pada 14 Mac 2023, telah berlaku kemalangan kereta yang serius di jalan persekutuan 22 di Batu 30 dan ia juga adalah satu-satunya jalan keluar masuk Sandakan dan sesak selain keadaan itu juga telah berlarutan sehingga enam jam dan ia melumpuhkan pergerakan pengguna jalan raya itu.
“Tetapi, cuba pihak kementerian bayangkan jika Libaran Bypass Sandakan telah siap di jalan itu sejak sekian lama, ia akan menyediakan satu lagi pilihan untuk orang ramai dan tidak perlu beratur panjang di jalan berkenaan.” Katanya.
Pada masa yang sama, beliau juga menggesa agensi kerajaan perpaduan untuk bekerjasama rapat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
Dan kita mengambil JKR Sabah sebagai contoh, saya juga telah berkali-kali menyatakan bahawa kesesakan jalan raya sepanjang 7 batu adalah sangat serius, antara bulatan helang serta buaya di Sandakan dan ia mesti dinaiktaraf sekurang-kurangnya kepada jejambat.
Namun, JKR masih belum menyerahkan rancangan itu kepada kerajaan pusat.
Oleh itu, beliau bertanya kepada kementerian sama ada masalah untuk menyelesaikan kesesakan 7 batu di Sandakan ini juga akan dimasukkan ke dalam bajet berkenaan?
“Apabila JKR membuat sebarang perancangan, adalah penting untuk mendengar pendapat ahli parlimen, ADUN dan pemimpin pembangunan setempat,” jelasnya.
“Sebagai jambatan komunikasi antara rakyat dan kerajaan, kita seharusnya menerima pendapat dan laporan daripada rakyat, dan ia boleh mencerminkan keadaan semasa rakyat yang tepat pada masanya,” tambahnya.
Mengenai peruntukan dana penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat, beliau bertanya apakah peruntukan dana kepada Sabah, atau bagaimana jabatan berkaitan memohon dan sama ada penyelenggaraan berkaitan dijalankan oleh konsesi, atau adakah ia ditanggung oleh pegawai-pegawai JKR?
Lagipun, terdapat banyak lampu jalan di Sandakan yang telah dihidupkan dalam masa seminggu dan kemudian ia padam semula.
“Saya juga telah berulang kali bertanya sama ada jabatan kejuruteraan mempunyai piawaian audit yang berkaitan untuk memastikan kualiti penyelenggaraan terjamin atau mencari penyelesaian untuk semua mengelakkan pembaziran wang rakyat berulang lagi dan lagi.” Jelasnya.
Pembaikan dan naik taraf jambatan tersebut telah mendapat peruntukan sebanyak RM23 juta.
“Adakah kerajaan akan menggunakan peruntukan ini untuk menaik taraf 25 jambatan di Sabah yang tidak boleh membawa kenderaan berat, supaya industri pengangkutan di Sabah dapat menambah ton berat barang dan mengurangkan kos operasi kos dan meningkatkan pulangan.? Tanyanya.
Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai topik perlindungan dan penyelenggaraan cerun, sama ada kementerian mempunyai dana untuk menangani kes kecemasan untuk perkara itu.
Mengambil contoh salah satu bahagian jalan dari pusat bandar Sandakan ke Sekolah Menengah Sung Siew, projek pembaikan tanah runtuh bermula selepas 6-12 bulan, dan kosnya adalah dua kali ganda daripada jumlah yang dijangkakan.
Tambahan pula, kejadian tanah runtuh menjadi lebih serius selepas beberapa bulan dan ia meningkatkan kos.
Selain itu, beliau juga memberi imbasan semula kepada pihak kementerian untuk memasukkan pelindung tanah runtuh yang teruk di kawasan bukit di belakang Taman Indah, Batu 4 dan lereng bukit di Taman Grandview, Sandakan ke dalam rancangan bajet itu.
“Ini penting untuk kehidupan penduduk tempatan dan kerajaan mesti ambil tindakan perlu dengan segera yang boleh,” jelasnya.