Peniaga dan Penjaja diseru manfaatkan Teknologi Digital

SOOK: Para peniaga dan penjaja kecil di Daerah Kecil Sook diseru agar memanfaatkan teknologi digital dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Advertisements

Gesaan itu dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin ketika berucap pada majlis perasmiaan Mesyuarat Agung dan Tahunan Persatuan dan Penjaja Kecil Bumiputera Daerah Kecil Sook dan Penyampaian Kerusi di sini hari ini.

“Menerusi kaedah teknologi digital dalam sesebuah perniagaan, kita boleh berniaga dalam talian iaitu berniaga langsung daripada rumah tanpa bersemuka dengan pembeli” katanya.

Menurut Ellron, kunjungan hormat daripada pihak Telekom baru-baru ini ke Pejabat Daerah Kecil Sook merupakan antara usaha permulaan pihaknya untuk memperkenalkan pendigitalan perniagaan kepada para peniaga dan penjaja kecil di kawasan itu.

“Pihak Telekom kini telah merangka dan merancang bagi memperkenalkan pendigitalan perniagaan kepada mereka yang berminat serta peniaga dan penjaja di kawasan Sook,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron yang juga Wakil Rakyat Sook mahu mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi PPPKBS bersama-sama agensi yang terlibat mengenai hasrat tersebut dan yakin ia akan dapat direalisasikan dengan kerjasama PPPKBS.

“Perkara ini perlu disambut baik oleh anda semua, ianya bukan sahaja membantu meningkatkan imej perniagaan anda tetapi secara tidak langsung memperkenalkan perniagaan anda ke seluruh dunia,” tambah Ellron.

Di samping itu, beliau turut menyentuh perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan telah membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada para peniaga dan penjaja kecil di kawasan Sook memandangkan pekan Sook bakal menjadi titik penting pertemuan kelak. Para peniaga dan penjaja digalakkan untuk mempelbagaikan usaha mereka bagi menarik pelancong dari negara jiran tersebut apabila singgah di pekan Sook nanti.

Terdahulu, beliau sempat memberikan sumbangan 100 kerusi kepada PPPKBS yang diterima oleh Encik Rusinin dan menyerahkan 255 sijil lesen perniagaan kepada ahli persatuan tersebut. Untuk rekod seramai 332 orang ahli berdaftar dibawah PPPKBS.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles