KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyambut baik ketegasan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa.
Beliau berkata, kenyataan itu pastinya akan mengembirakan seluruh rakyat negara ini.
“Sebenarnya memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada Perdana Menteri apatah lagi di dalam keadaan darurat yang telah diisytiharkanm, katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Tengku Razaleigh berkata, penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.