Suhu politik negeri Sabah berstatus suam-suam kuku?

KOTA KINABALU: Selepas hampir sebulan suhu politik negeri Sabah kembali reda dan tenang, keadaan mula memperlihatkan sedikit perubahan ke status suam-suam kuku.

Advertisements

Hari ini, ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin membidas tindakan wakil rakyat Sabah yang berpaling tadah menyertai parti lain, sekaligus mengumpamakan kelicikan mereka melompat parti sebagai monyet.

“Adun di Sabah ini memang suka lompat macam monyet… lompat sana lompat sini, sehingga dia terlupa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
“Asal jadi pengkhianat saja dapat jawatan, melompat jadi menteri, walaupun tak layak tak ada pendidikan langsung pun (boleh) jadi menteri,” katanya di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Bung berkata demikian ketika mengambil bahagian Sesi perbahasan usul Titah Diraja.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah turut menyelar “tabiat segelintir wakil rakyat Sabah yang keluar parti dan menyertai parti lain kerana gelap wang ringgit dan tawaran jawatan”.

“Saya yakin mereka yang suka mengkhianati ini insya-Allah akan kita lenyapkan dari bumi Sabah. Mereka yang tak ada kesetiaan dan berintegriti insya-Allah kita akan pupuskan spesies yang suka melompat ini,” kata Bung,

Sementara itu, lima Adun UMNO di Sabah mengumumkan keluar parti hari ini dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Mereka ialah Adun Sindumin, Datuk Yusof Yacob; Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Arshad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Hamid Awang (Balung).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles