Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah kali ini meriah

KOTA KINABALU: Masyarakat Tionghoa di Sabah menyambut perayaan Tahun Baru Cina kali ini dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan berbanding tiga tahun sebelum ini

Advertisements

Tinjauan Jesselton Times mendapati rata-rata keluarga Tionghoa mengadakan rumah terbuka dengan rasa lega.

Mereka tidak lagi dibelenggu rasa risau dan was-was apabila kes pandemik Covid-19 di negara ini khususnya di Sabah semakin berkurangan.

Sementara itu, bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkesempatan mengunjungi Rumah Terbuka Datuk Andy Chua sempena Tahun Baru Cina di Kota Belud hari ini.

Amalan kunjung-mengunjung pada majlis rumah terbuka yang dia­malkan selama ini mampu memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

“Marilah kita bersatu hati dan bertolak ansur dengan semua kaum dan menjadikan amalan berziarah pada musim perayaan sebagai tradisi untuk mengukuhkan perpaduan yang sudah lama terjalin,” kata Andy.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles