KOTA BELUD: Sabah yang mempunyai lebih 30 suku kaum merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terkenal dengan semangat perpaduan kaum yang tinggi.
Situasi harmoni ini sentiasa terserlah setiap kali perayaan pelbagai kaum dan kepercayaan diadakan termasuk sambutan Krismas.
Sambutan Krismas di negeri ini bukan sahaja dirayakan oleh penganut Kristian tetapi turut dihadiri dan dimeriahkan masyarakat bukan beragama Kristian.
Sempena perayaan Krismas tahun ini, bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Adun Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berbesar hati menyampaikan sumbangan Krismas kepada sembilan gereja Kota Belud sempena menyambut perayaan Hari Natal tahun 2022.
Majlis penyampaian sumbangan itu diadakan di SSK Centre, dekat sini hari ini.