Kerajaan Negeri stabil, fokus halatuju untuk rakyat: Fairuz

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata, Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor stabil dan terus fokus kepada halatuju pembangunan negeri dan rakyat.

Advertisements

“Jangan la baling batu sembunyi tangan, suka-suka mulakan fitnah, memburukkan, membusukkan dan bising-bising tentang kestabilan negeri, jika sebenarnya niat dan motif dendam kesumat itu tidak berhasil.

“Jangan gugat kestabilan dan keutuhan politik dalam negeri kita dengan kenyataan-kenyataan yang menuduh dan memburukkan kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan itu, Kerajaan Negeri Sabah tidak tergugat seperti mana yang dikatakan oleh pihak pembangkang.

“Kita tidak terjejas dan tergugat, kita tidak ada niat dan tidak terlintas untuk menjahanamkan segala usaha pembangunan dan kemajuan untuk Sabah dan rakyat.

“Sudah-sudah la tu, jika tidak puas hati, tidak dapat apa yang dirancang dan dihajati, jangan mula pusing cerita.

“Itu hasad dengki, itu dendam dan itu masalah hati,”katanya lagi.

Terdahulu, Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Sabah tergugat dan terjejas dengan tindakan pemimpin-pemimpin GRS yang keluar parti.

“Kita mahu kerja untuk rakyat, kita mahu suara rakyat diangkat dan dibawa baik dari pihak ADUN, mahupun Ahli Parlimen.

“Kita tidak fikir dan tidak terlintas untuk bawa kepentingan peribadi, hingga menggugat keutuhan serta kestabilan Sabah.

“Kepada beliau, cukuplah tu, rehatlah, mari kita semua sama-sama kerja untuk Sabah, untuk rakyat, untuk negeri.

“Tidak perlu bergaduh, tidak perlu bersengketa, tidak perlu bermadah jika hanya bertujuan untuk buat rakyat kita kusut,” ujar beliau lagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles