PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud hari ini memulakan tugas secara rasmi di pejabat Kementerian itu di sini.
Mustapha yang mengenakan sut serba hitam
disambut pegawai-pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia.
Anggota Parlimen Sepanggar itu merupakan antara tujuh timbalan menteri dari Sabah yang dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjayakan kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Sabah lain yang dipilih sebagai timbalan menteri itu ialah Datuk Siti Aminah Aching (Kementerian Perladangan dan Komoditi) dan Datuk Mohamad Alamin (Kementerian Luar), Datuk Arthur Kurup (Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi), Chan Foong Hin (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ), Khairul Firdaus Akbarkhan (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan) dan Datuk Yusof Apdal (Kementerian Pengajian Tinggi).
Pada PRU-15 Nov lepas, Mustapha yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan menang kerusi Parlimen Sepanggar dengan majoriti 7,042 undi.