TENOM: Calon bebas Parlimen Tenom Riduan Rubin hari ini mengesahkan beliau telah memilih untuk menyertai parti tempatan – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM).
Menurutnya beliau membuat keputusan itu setelah mengambil kira beberapa faktor, termasuk situasi politik semasa di negeri ini.
“Sebab itu, saya mengambil keputusan untuk menyerti parti KDM,” katanya selepas menyerahkan borang keahilan kepada presiden KDM Datuk Peter Anthony di sini hari ini.
Riduan berdepan empat calon lain iaitu penyandangnya, Noorita Sual daripada Pakatan Harapan (PH), Jamawi Jaafar (BN), Ukim Buandi (Warisan) dan seorang lagi calon Bebas Peggy Chaw Zhi Ting.
Pencalonan Peter pula ditolak atas masalah teknikal pada hari penamaan calon Sabtu lepas.
Sementara itu, Peter menyeru pengundi Tenom khususnya penyokong KDM supaya memberi sokongan padu kepada Riduan yang bertanding atas tiket bebas.
Beliau yakin calon bebas itu boleh mencipta kejutan, sekali gus meraih kemenangan untuk KDM di Parlimen Tenom.