Jordan ucap selamat berjaya kepada calon SPM

Naib Ketua Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 22 Februari ini.

Advertisements

“Selamat berjaya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM mulai Isnin depan,” katanya dalam hantaran media sosial hari ini.

Beliau berharap para pelajar terbabit tidak panik dan sentiasa menjawab soalan dengan tenang.

Jordan turut menasihati mereka agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk memakai pelitup muka bagi mengekang penularan Covid-19.Attachments area

Related Articles

253FansLike

Latest Articles