PRU15: Pengundian pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov.
Pelaksanaan pilihan raya itu akan melibatkan peringkat Parlimen di seluruh negara dan negeri yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri iaitu  Perak, Pahang dan Perlis.

Advertisements

Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya berkenaan di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Okt bagi memberi laluan kepada PRU15 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
— BERNAMA

Related Articles

253FansLike

Latest Articles