Pejabat TKM nafi Bung mengsahkan menghadap TYT

KOTA KINABALU: Pejabat Timbalan Ketua Menteri menafikan satu keratan berita yang ditularkan di aplikasi WharsApp yang menyebut Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengsahkan beliau bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadap Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin di Istana Negeri jam 2.30 petang pada Ahad.

Advertisements

Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri Jaafar Abd Wahid berkata perkara yang ditularkan dalam kumpulan WhatsApp itu adalah tidak benar yang sengaja ditularkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab ketika bahang Pilihanraya Umum ke-15 (PRU) akan berlangsung.

“Saya menerima beberapa panggilan dan WhatsApp dari rakan-rakan bertanyakan kesahihan berita tersebut sedangkan pada sebelah pagi saya bersarapan pagi bersama Bung di kediamanya sebelum menghantar beliau pada sebelah petang ke Lapangan Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu untuk berlepas ke Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Ahad.

Menurut Jaafar semasa menerima keratan tersebut melalui aplikasi WahtsApp beliau sempat menujukkanya kepada Bung sambil meminta dirakamkan gambarnya dan memuat naik sendiri di media sosial milik beliau dengan catatan ” Saya tidak tahu bagai mana berita kepada kawan ini berlaku, apa pun saya tetap tenang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur”

Dalam masa yang sama difahamkan Ketua Menteri pada Ahad berada di Kota Marudu dalam program jelajah GRS

Jafar menambah setelah meneliti keratan akhbar yang ditularkan itu ianya merupakan keratan berita yang diterbitkan dalam berita dalam talian Astro Awani tahun 2020 selepas Pilihanraya Negeri ke-16 (PRN16) yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam beberapa kumpulan WhatsApp sehingga menimbulan persoalan kepada orang ramai yang menerima pesanan tersebut.

Beliau berkata, perkara itu dimanafakan oleh syebertopper parti pembangkang ekoran timbulnya khabar angin yang disebarkan di media sosial dan kumpulan WhatsApp yang menyembut beberapa orang wakil rakyat keluar parti dan akan meninggalkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) .

“Perbuatan menyebarkan berita palsu ini merupakan salah satu usaha pihak pembangkang untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan penyokong parti GRS dan BN khususnya ketika berhadapan dengan PRU ke-15,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Jaafar meminta orang ramai agar tidak mudah mempercayai berita palsu dan menyebarkannya sebelum meneliti kesahihannya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles