Sapawi cadang penubuhan Puteri USIA

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Hj Ahmad mencadangkan penubuhan Puteri USIA bagi membolehkan penyertaan golongan remaja wanita dalam pertubuhan itu.
Menutunya, cadangan itu adalah langkah proaktif meremajakan USIA sebagai mendokong sayap Belia USIA dan Wanita USIA yang selama ini telah membantu dengan baik kepimpinan pertubuhan bukan kerajaan itu.
Beliau berkata menerusi penubuhan sayap Puteri USIA, ia akan membolehkan golongan remaja wanita terbabit dalam pelbagai aktiviti dilaksanakan, termasuk berkaitan pembangunan dakwah.
“Dalam memenuhi kehendak dan tuntutan untuk membangun dan mensejahterakan ummah pada era yang mencabar ini, USIA terus berperanan sebagai pelengkap kepada inisiatif dan sumbangan institusi-institusi agama Islam di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Buku Khas atau Dokumen Pelan Strategik Pembugaran USIA 2022-2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.
Pelancaran disempurkan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Hj Mohd Ariffin Datuk Arif, mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor.
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Kadzim M. Yahya; Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Yahya Hussin; Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Yamani Hafez Tan Sri DSP Musa dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr Kassim Md Mansur.
Sapawi juga berkata USIA terus mempeluaskan kegiatan dan memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada, terutama dalam pelaksanaan program berkaitan dakwah.
Katanya, USIA yakin program seperti itu berupaya menyuntik semangat dalam kalangan rakyat khasnya anak-anak muda untuk sentiasa bersama dengan kepimpinan.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau menegaskan seluruh kepimpinan USIA berpendapat usaha murni kerajaan melalui hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sangat penting untuk disokong sepenuhnya, demi melahirkan masyarakat madani dan berdaya saing.

Mengenai pelan strategik itu, Sapawi berkata ia terhasil sebaik sahaja beliau mula menerajui USIA pada bulan Jun lepas.

“Misi yang saya perkenalkan sebelum pemilihan jawatan Yang Dipertua USIA awal bulan Jun tahun ini ialah `Bersama mengembalikan kegemilangan USIA’, memberi inspirasi kepada saya untuk menganjurkan bengkel khas.

“Bengkel itu menghimpunkan ahli Majlis Tertinggi serta Ketua Bahagian USIA bagi membolehkan mereka meluahkan idea, pandangan serta syor untuk membantu memulihkan imej USIA,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, bengkel berjaya diadakan dan merumuskan suatu pelan strategik untuk dilaksana bagi tempoh 2022-2024.

Menurutnya, Buku Khas dalam pelan strategik itu merangkumi pengurusan aset yang telus, penjanaan dan pengukuhan ekonomi, pemerkasaan dan pembangunan bidang dakwah serta pendidikan, pengujudan bank data, peningkatan peranan bidang penerangan dan media sosial USIA serta mengukuhkan integriti dalaman.

“Saya dan rakan-rakan kepimpinan di peringkat Pusat dan bahagian seluruh negeri, berusaha untuk memulihkan imej USIA.

“Kami yakin pertubuhan ini ibarat sebutir permata yang sangat berharga dan bernilai tinggi. Walaupun permata ini kian kabur berikutan peredaran masa, tetapi kami percaya ia boleh bersinar kembali, jika ada usaha serius untuk menggilap dan membugarkannya semula,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles