Erat Hubungan kepolisan dengan Gaya Hidup Sihat – Mohd Izwan

PAPAR: “Eratkan hubungan kepolisan sambil kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan”, kata Pengerusi Penganjur liga empat penjuru football8 Papar Cops Insp Mohd Izwan Bin Jamil.

Advertisements

Beliau yang juga Pengurus pasukan bola sepak IPD Papar berkata liga itu bertujuan mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai dan anggota kepolisan daerah Papar.

“Penglibatan empat pasukan yang turut serta bukan sahaja merapatkan hubungan antara satu sama lain, malah ia juga menyemai budaya dan amalan gaya hidup sihat,” katanya.

Insp Mohd Izwan berkata demikian bagi mengulas kejayaan penganjuran liga empat penjuru football8 Papar Cops IPD Papar yang julung kali diadakan di Padang Kontena Jesselton, Kota Kinabalu.

Sementara itu, pasukan Kinarut Narco muncul juara keseluruhan liga tersebut.

Pasukan gabungan Bspt /Blog /KA pula menduduki tangga kedua, diikuti pasukan Bongawan SB manakala Papar JSJ meraih tempat keempat.


Insp Cassidy Tiken dari pasukan Bongawan SB pula dinobatkan sebagai penjaring 0000terbanyak sepanjang liga itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles