KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat persaraan daripada Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Sarul Bahiyah Haji Abu di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.
Hajiji bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Sarul Bahiyah di atas sumbangan dan jasanya selama berkhidmat di Sabah.
Sarul Bahiyah yang dilantik ke jawatan itu pada 21 Februari 2022 akan bersara wajib pada 11 September 2022.
Sementara itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Ekesekutif (CEO) HSBC Bank Malaysia Berhad, Dato’ Omar Siddiq Bin Amin Noer Rashid.
Omar Siddiq yang dilahirkan di Sandakan, Sabah merupakan individu pertama warga negara Malaysia yang dilantik memegang jawatan itu.
Ketua Menteri terima kunjungan persaraan Setiausaha Persekutuan Sabah
Advertisements