Warga SK Mantob Zahirkan Cinta Kemerdekaan Menerusi Larian Merdeka

KIULU: Biarpun terletak di kawasan terpencil berhampiran kaki banjaran Crocker, ia tidak menghalang warga Sekolah Kebangsaan Mantob menzahirkan cinta kepada kemerdekaan yang dikecapi sekarang.

Advertisements

SK Mantob dibawah pimpinan Guru Besar Encik Romie Boliku mensyukuri nikmat kemerdekaan menerusi penganjuran Program Larian Merdeka dengan Laungan Merdeka sebanyak tiga kali.

Pelancaran Larian Merdeka yang disempurnakan Romie itu menyaksikan penyertaan semua peringkat murid Prasekolah dan pelajar-pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 bersama-sama dengan warga sekolah.

Romie, dalam ucapan perasmiannya, berkata Larian Merdeka itu, antara lain bertujuan mengajak semua warga sekolah menghayati konsep sejarah.

Beliau turut menekankan betapa pentingnya rakyat pelbagai kaum khususnya warga sekolah mengekalkan perpaduan dan semangat kekeluargaan.

“Semua warga sekolah perlu mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana kemerdekaan bukan sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata namun ianya adalah detik negara tercinta yang bebas daripada ancaman penjajah dan membentuk negara sendiri,” katanya.

Romie berkata pelbagai aktiviti menarik telah dan akan dianjurkan bagi menanam semangat patriotik dalam kalangan pelajar, selaras dengan tema Bulan Kebangsaan – ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Ini termasuk Pameran Kemerdekaan, Pertandingan Menghias Kelas Bertemakan Bulan Kebangsaan, Pertandingan Buku Skrap, Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik, Larian Merdeka, Pertandingan Melukis Poster dan Mewarna Bulan Kebangsaan serta Pertandingan Selfie dengan kategori murid, warga sekolah dan ibu bapa.

Acarq kemuncak Bulan Kebangsaan SK Mantob ialah Pertandingan Fesyen Merdeka Keluarga Malaysia bagi Kategori Prasekolah.

Penglibatan PIBG secara bersama dengan pihak sekolah bagi memeriahkan program itu bakal dilaksanakan pada 15 Sept depan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles