Seramai 92 peserta layak mendapatkan lesen perkapalan kecil

NABAWAN: Seramai 92 daripada 103 peserta telah berjaya dalam pemeriksaan fizikal kapal kecil yang dibuat oleh pihak Jabatan Perkapalan dan Dermaga Sabah dalam program Super Youth Perlesenan Kapal Kecil di Daerah Kecil Pegalungangan yang berakhir pada Ahad.

Advertisements

Program atas kerjasama KBSS dan JPDS selama tiga hari bermula 19 Ogos itu turut menyaksikan pelbagai aktiviti antaranya penyerahan bendera kepada penduduk sekitar bersempena Program 10 Thousand Steps Challenge, penyerahan sumbangan ikhlas daripada Kelab Rekreasi KBSS dan penyerahan peralatan sukan kepada enam sekolah rendah Daerah Kecil Pegalungan.

Majlis perasmian penutupan program itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya pemilik-pemilik bot kecil untuk mendapatkan lesen agar mereka tahu dan maklum mengenai tanggungjawab dan aspek keselamatan selaku operator bot kecil.

“Saya melihat ramai pemilik bot mahir dalam pengendalian kapal kecil ini namun kurang arif mengenai aspek keselamatan diri serta penumpang dan tanggungjawab.

“Oleh itu, pelaksanaan program ini pastinya akan mendedahkan kepada pemilik bot untuk lebih cekap dan bertanggungjawab semasa mengendalikan bot kecil apatah mereka sekarang ini mempunyai lesen.

Selain itu, Ellron yang juga Wakil Rakyat Sook berkata, bagi memenuhi permintaan warga Pegalungan yang tidak mendapat lesen semasa program itu, pihaknya akan merangka satu lagi program perlesenan kapal kecil yang bakal diadakan pada bulan November tahun ini.

“Saya telahpun berbincang perkara ini dengan Pegawai Daerah Nabawan Tuan Neldin Gimbang dan Timbalan Setiausaha Tetap KBSS (Sektor Belia) Tuan William Ahlan, akan ada program susulan berkaitan perlesenan kapal kecil memandangkan permintaan luar jangka oleh ramai warga Pegalungan yang berhasrat memiliki lesen.

“Walau bagaimanapun program yang bakal diadakan pada bulan November akan mensasarkan mereka yang tidak tersenarai dalam program kali ini dan mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan haruslah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak JPDS.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kepada warga Pegalungan, kementeriannya dalam usaha untuk mengembangkan potensi sosioekonomi belia Sabah melalui program SYABAS. SYABAS ataupun Program Skim Jaya Usahawan Belia merupakan sebuah program Baharu kerajaan negeri Sabah di bawah seliaan KBSS bagi memacu pembangunan ekonomi belia Sabah.

“Saya ingin memaklumkan kepada warga pegalungan program ini akan memfokuskan dua kategori bantuan kewangan iaitu RM 2000 bagi mereka yang baru memulakan perniagaan dan RM 5000 bagi mereka yang ingin mengembangkan perniagaan.

Jelasnya lagi, program tersebut terbuka kepada belia Sabah yang berumur 18-40 tahun dan mempunyI lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Rebutlah peluang dan ruang ini terutama mereka yang layak serta memenuhi kriteria yang ditetapkan, hal ini penting bagi meningkatkan sosioekonomi anda di kawasan ini,” katanya.

Hadir dalam program penutupan itu, Timbalan Setiausaha Tetap merangkap Presiden Kelab dan Rekreasi KBSS Tuan William Ahlan, Pegawai Daerah Nabawan Tuan Neldin Gimbang, Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Sabah Tuan Jre Jreneus Pagut, Ketua Daerah Kecil Pegalungan Tuan OKK Philip Antugi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles