SK Malangang Baru sahut seruan wujudkan masyarakat sihat tanpa dadah

KIULU: Menyahut seruan untuk mewujudkan masyarakat sihat tanpa dadah, SK Malangang Baru berjaya menganjurkan Program Disiplin, Keselamatan, Kesihatan dan Antidadah pada 17 Ogos lepas.

Advertisements

Program anjuran Hal Ehwal Murid diterajui Penolong Kanan HEM, Puan Marilyn Gimbun itu dihadiri seramai 131 orang yang terdiri daripada guru-guru, AKP, pengawal keselamatan, anggota pembersihan sekolah dan murid-murid SK Malangang Baru.

Berucap pada majlis pelancaran program itu, Guru Besar SK Malangang Baru, Encik John Wayne Linggang berkata aspek disiplin, keselamatan, kesihatan dan antidadah merupakan elemen yang dititikberatkan dalam semua institusi.

Justeru itu, katanya pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan program itu secara serentak bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang keempat-empat elemen tersebut

Menurut Lans Koperal Leslee Bin Pius yang juga merupakan pegawai perhubungan polis SK Malangang Baru, masalah disiplin dan salahlaku jenayah terdedah seawal sekolah rendah seperti ponteng, buli dan melawan guru .

Dalam hal ini, katanya PDRM sentiasa mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menangani masalah yang tidak berkesudahan itu.


Turut diadakan sempena program itu ialah ceramah Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi Alat Pemadam Api dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tuaran.

Pegawai Bomba Kanan II, Ramlan Bin Betta turut memberi pendedahan tentang cara mengawal keadaan ketika terjadinya kebakaran dan tatacara menggunakan pemadam api dengan betul.

Menyedari tentang pentingnya menjaga kesihatan, Jabatan Kesihatan Tuaran telah memberikan penerangan tentang Covid-19 dan demonstrasi 7 langkah mencuci tangan dengan betul.

Pendedahan tentang Generation End Game ( GEG) oleh PPKP Encik Wellfizzer Bin Daniol iaitu satu langkah strategik melarang aktiviti tertentu berkaitan merokok terhadap generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Larangan itu termasuk menjual sebarang produk rokok kepada GEG. Generasi GEG dilarang mengunyah, menghisap, membeli dan memiliki sebarang produk rokok.

Ini bertujuan menjadikan Malaysia negara bebas merokok menjelang 2040.

Program itu diakhiri dengan ceramah tentang bahaya dadah dan akibatnya serta pameran anti dadah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia ( AADK) Daerah Tuaran oleh Encik Mohamad Rusaidi Bin Daud.

Intipati ceramah ialah memberi ilmu pengetahuan dan kesedaran kepada warga SK Malangang Baru tentang bahaya penyalahgunaan dadah, kesan buruk kepada kehidupan dan tips pencegahan terutama dikalangan pelajar sekolah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles