Zahid ingatkan rakyat berhati-hati hasutan baharu rekaan pembangkang menjelang PRU15

KOTA KINABALU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan anasir menghasut yang direka cipta oleh pembangkang bagi meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Advertisements

Beliau berkata tugas lawan Barisan Nasional (BN) adalah menghasut dan kini setiap hari mereka menghasut.

“Tentunya kebisingan politik yang direncanakan mereka ketika ini juga sebahagian daripada anasir menghasut. Politik mereka berteraskan hasutan.

“Semasa jadi pembangkang mereka menghasut, semasa jadi kerajaan masih menghasut dan kembali sebagai pembangkang terus menghasut.

“Menghasut fikiran rakyat dengan menimbulkan keresahan dan perasaan kurang senang serta kebencian seperti mereka lakukan pada PRU-14,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Zahid berkata pihak pembangkan berusaha selagi boleh mengilustrasikan persepsi kurang baik terhadap BN dan berusaha ‘mempersepsikan’ mereka sebagai cemerlang.

“Bezanya cuma satu iaitu semasa menjadi kerajaan mereka memiliki kuasa dan pengaruh untuk memudahkan mereka melaksanakan hasutan.

“Ironinya rakyat telah pun merasai kegagalan pentadbiran mereka dan menyedari hasutan mereka. Mungkin sebab itu mereka kini menghasut dengan lebih kuat,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata: “rakyat yang akan mengundi pada PRU-15 yang menjadi sasaran perlu lebih berwaspada apabila didatangi hasutan mereka”

“Pengalaman seharusnya mendewasakan. Kita perlu mengerti cara mereka memanipulasi sesuatu isu untuk menyemai kebencian.

“Ambillah iktibar natijah hasutan mereka kepada rakyat dan negara selepas PRU-14. Usah diulangi kekhilafan yang pastinya kita tidak berhasrat berulang.

“Fahamilah BN terus berjuang selepas 9 Mei 2018 kerana sayangkan rakyat dan negara. Terlalu banyak yang baik perlu kita bersama kembalikan pada PRU-15,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles