Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU :Umno di semua bahagian di negeri ini diminta mengemukan lima namq calon untuk diketengahkan dalam pilihanraya umum (PRU) ke-15 akan datang.
Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata senarai tersebut perlu dikemukakan segera kepada badan perhubungan Umno Sabah untuk penilaian awal bagi menghadapi PRU ke-15 yang bakal
Senarai tersebut perlu dikemukakan segara, samada individu yang dicadangkan yang mempunyai kedudukan dalam bahagian atau sebaliknya yang penting ianya berwibawa ,memenuhi keteria dan boleh diterima oleh rakyat, ini kerana matlamat kita pada PRU ke-15 ini adalah memenangi setiap kerusi yang ditandingi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas badan perhubungan Umno Sabah di bangunan Umno malam selasa lepas.
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno setiap senarai yang dikemuakan akan dinilai oleh satu jawatankuasa khas berdasarkan kepada maklum balas rakyat di akar umbi hasil dari pemantauan satu pasukan khas parti disamping laporan dari agensi berkaitan yang turut dinilai untuk menentukan calon yang benar-benar layak .
Bung berkata, dalam menentukan calon pada PRU ke-15 kali ini konsep WALI iaitu winnable (boleh menang), acceptable (boleh diterima) dan likeable (disenangi) akan menjadi garis panduan untuk meletakan calon terbaik mewakili parti
Jelas Bung personaliti calon merupakan elemen utama yang dilihat oleh rakyat dan ianya harus menjadi kriteria utama untuk UMNO/BN, kebolehmenangan harus jadi keutamaan walaupun orang itu bukan penjawat utama di peringkat bahagian tetapi mempunyai daya kebolehmenangan yang tinggi juga akan menjadi keteria pemilihan akhir seorang calon.
“Orang boleh terima tetapi tidak tentu orang suka jadi mesti mempunyai ketiga-tiga elemen ini untuk menjadi seorang calon,” katanya.
Dalam pada itu Bung yang juga Ketua Umno Bahagian Kinabatangan berharap semua bahagian dan cawangan Umno di negeri ini memperkemaskinikan daftar pemilih termasuk mengenal pasti pengundi baharu khususnya golongan muda yang akan turut memilih pada PRU ke-15 kali ini.
“Pastikan daftar pemilih dan Bilik Gerakan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di setiap bahagian dan cawangan telah dikemaskini dan mereka perlu mengadakan Simulasi Dry Run bagi mengenal pasti kekuatan parti,” tambah Bung.
Beliau berkata jentera BN dan UMNO perlu memastikan agar hati dan pemikiran pengundi di kawasan tumpuan itu dapat dimenangi supaya kerusi di kawasan tumpuan memenangi majoriti yang diperlukan.
“Saya merasakan bahawa seteru politik telah melipatgandakan kerja-kerja mereka dan saya yakin kalau usaha-usaha (jentera BN dan UMNO) melebihi daripada seteru politik kita, maka kawasan-kawasan tumpuan akan dapat kita peroleh semula kemenangan,”
Sehubungan itu Bung mengingatkan setiap cawangan Umno di semua bahagian perlu diberikan sokongan untuk mengadakan kegiatan-kegiatan parti agar jalinan kerjasama antara pemimpin dan ahli parti dapat diwujudkan bagi memperkukuhkan lagi kekuatan parti menghadapi PRU ke-15 kali ini.