Memindahkan anggota polis bermasalah ke Sabah seumpama menyebar virus Covid-19 ke tempat lain – Pemuda UPKO

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Penampang menyifatkan tindakan menghantar anggota polis bermasalah ke tempat lain sebagai tidak wajar kerana ia sama seperti menyebar penyakit Covid-19 ke wilayah lain.

Advertisements

Reaksi itu susulan keputusan awal pertukaran sembilan anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes peras ugut ke Sabah dan Sarawak.

Ketua Pemuda UPKO Bahagian Penampang Billy Joe Dominic berkata tindakan itu bukan opsyen yang terbaik kerana Sabah dan Sarawak bukan tempat pembuangan pegawai polis bermasalah.

“Sebagai rakyat Sabah, saya amat mengalu alukan penambahan pasukan keselamatan di Sabah.

“Sabah memerlukan ramai petugas keselamatan untuk melindungi rakyat negeri ini daripada pelbagai ancaman keselamatan seperti ancaman penganas seperti apa yang terjadi di Tanduo, Lahad Datu dulu,” katanya hari ini.

Oleh itu, Billy berkata rakyat Sabah memerlukan pegawail pegawai keselamatan yang berintegriti dan boleh di percayai bagi memastikan keselamatan rakyat dan negeri ini sentiasa terjamin.

“Mereka yang terlibat dengan salah laku atau masalah disiplin sudah tentu tidak dapat memenuhi keperluan ini,” katanya.

Katanya ramai pegawai keselamatan warga Sabah berintegriti tinggi yang boleh memohon untuk bertugas kembali ke Sabah.

“Pegawai atasan PDRM boleh menimbangkan pegawai pegawai ini untuk dihantar ke Sabah,” katanya.

Billy berkata sembilan pegawai yang bermasalah itu perlu digantung tugas sementara disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (kesalahan peras ugut) demi kebaikan bersama.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles