Bung mahu tindakan proaktif diambil untuk tangani masalah buaya di Sungai Kinabatangan

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Kerajaan khususnya Jabatan Hidupan Liar diminta agar mengambil tindakan pro aktif bagi menangkap buaya-buaya yang terdapat di Sungai Kinabatangan

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata penangkapan berkenaan perlu dilakukan dengan kadar yang segara agar.

Beliau bekata keselamatan penduduk yang mencari sumber rezeki di sungai Kinabatangan tidak terancam

“ Kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan pro aktif dan serius untuk menangani isu ini bagi mempastikan penduduk yang menggunakan sungai Kinabatangan samada untuk laluan seharian atau sebagai lokasi mencari sumber pendapatan seharian melalui aktiviti memancing dan sebagainya tidak terancam” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Minggu lepas seorang wanita maut dibaham buaya ketika keluar memancing di sebuah anak Sungai Kinabatangan di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya di sini

Mayat mangsa Norsila Sayong, 32, ditemui dalam keadaan tidak sempurna pada jam 6.53 pagi Ahad lepas oleh penduduk kampung iaitu kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian mangsa diserang haiwan reptilia itu.

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri kejadian ini bukan yang pertama kali berlaku malah sudah ramai mangsa menjadi korban ekoran keganasan buaya-buaya di sungai Kinabatangan, justeru tindakan segara untuk menangani isu ini perlu dilakukan oleh pihak berkuasa agar keselamatan penduduk di kawasan terlibat terjamin.

Bung menambah kerajaan perlu mengambil langkah dengan mengwujudkan peraturan atau akta sebagai mana yang dilakukan oleh kerajaan Sarawak dalam menangani isu buaya-buaya yang terdapat di beberapa buah sungai di Sabah khususnya di Kinabatangan dengan membenarkan menangkap dan membunuh buaya secara berkala dan sistematik bagi mengurangkan jumlah haiwan itu di Sabah.

Bung yang juga Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan Lamag menambah susulan kejayaan Malaysia menurun taraf kategori buaya daripada Apendiks I kepada Apendiks II di mesyuarat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES) di Afrika Selatan berharap keputusan tersebut akan membolehkan buaya di Sabah diburu serta diperdagangkan.

“ Saya berharap satu kajian akan dapat dilakukan oleh pihak berkuasa mengenai isu ini dan tindakan susulan akan dapat kita lakukan bagi mengurangkan popalasi buaya di negeri ini demi menjamin keselamatan penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan berhampiran sungai ” katanya.

Sambil menzahirkan ucapan takzih dan rasa simpati kepada keluarga mangsa terbaru dibaham buaya di sebuah anak Sungai Kinabatangan di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya di sini Norsila Sayong Bung berharap keluarga mangsa bersabar menerima ujian ini dan menasihatkan penduduk di kawasan terlibat supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti di sungai agar kejadian yang tidak diingini berlaku

Related Articles

253FansLike

Latest Articles