KM: Kerajaan Negeri pandang serius pemindahan polis bermasalah ke Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah memandang serius tindakan polis memindahkan sembilan anggotanya yang dipercayai terlibat kes peras ugut ke Sabah dan Sarawak tanpa mendapat pandangan dari Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Advertisements

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, meminta supaya pihak polis memaklumkan dan berbincang dengan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan seumpama itu dilaksanakan.

“Saya memandang serius perkara ini walaupun tindakan itu mungkin sebagai satu prosedur atau tindakan disiplin yang diambil jabatan berkenaan terhadap anggota mereka,” katanya.

Hajiji yang sedang menunaikan ibadah Umrah juga berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pihak polis mengenai perkara berkenaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles