Unit Marin mampu sokong perniagaan SPSB – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Unit Marin Sabah Ports Sendirian Berhad (SPSB) yang baru dilancarkan akan menyokong perniagaan SPSB melalui penyediaan perkhidmatan sampingan dan nasihat marin sekaligus, meningkatkan perkhidmatan luar pesisiran dan daratan pelabuhan serta meningkatkan daya upaya kecekapannya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata ,antara skop unit ini ialah menawarkan pelbagai perkhidamatan marin yang merangkumi bantuan hidrografi dan navigasi kawalan lalu lintas marin dan armada marin.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, hala tuju unit berkenaan juga selaras dengan menaiktaraf perkhidmatan pelabuhan dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik. Perkhidmatan kapal tunda pelabuhan, tundaan (pilotage) dan tarikan (towage) dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

“Satu pusat setempat telah ditubuhkan di mana berfungsi sebagai sebuah pusat pemprosesan disamping mewujudkan kemudahan serta nilai tambah untuk para pelanggan ,hala tuju ini adalah selaras penyediaan perkhidmatan keseluruhan dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada industri serta menawarkan industri marin yang dipertingkatkan dan bersepadu” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Unit Marin Sabah Ports Sendirian Berhad (SPSB) di Wisma Sabah Port Sdn Bhd Sapangar Bay kemarin.

Hadir sama Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad dan Sabah Ports Sdn Bhd Datuk Haji Faisyal Datuk Yusuf Hamdan Diego, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Mohd Hanfiah Datuk Seri Panglima Mohd Kassim, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Hasan Mahali, Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Maswandie Maimoon dan Pengarah Urusan Suria Capital Holdings Berhad dan Sabah Port Sdn Bhd Datuk Ng Kiat Min.

Bung menambah projek utama Unit marin ini termasuk menstrukturkan pasukan Pengawal Trafik Marin untuk mengendalikan Sistem Pemantauan dan Maklumat Trafik Kapal (VTMIS). Unit ini juga berjaya menubuhkan Pangkalan Utama Offshore Pelabuhan Kota Kinabalu yang menyediakan kemudahan asas kepada para pengeluar Minyak dan Gas di Pelabuhan Kota Kinabalu.

” SPSB juga melihat peluang untuk memanfaatkan kedudukan strategik Sandakan diantara Australia dan Negara-Negara Asia Timur dengan menyediakan perkhidmatan marin sampingan kepada kapal-kapal laut yang melalui laluan sibuk ini” katanya.

Menurut Bung Unit berkenaan memainkan peranan penting dalam menjayakan kemasukan sulung SPSB ke dalam operasui bunker LNG dengan menyediakan perkhidamatan sokongan marin selepas SPSB dilantk sebagai penyedia perkhidamatn utama bagi operasu bunker LNG pertama di Sabah.

Dalam pada itu Bung berkata, pengembangan Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP), penubuhan unit itu adalah tepat pada masanya untuk menampung jangkaan peningkatan jumlah, peningkatan saiz kapal dan aktiviti ‘transhipment’ sebaik sahaja fasa awal memperluaskan SBCP selesai.

Katanya, salah satu strategi untuk menangani peningkatan kos penghantaran termasuklah mewujudkan SBCP sebagai hub transhipment untuk BIMP – EAGA dan berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk perdagangan yang menumpukan pada Intra Asia serta China, Korea dan Jepun serta Timur Jauh.

Tambahnya, projek mega SBCP bernilai 1.03 bilion ringgit dan dijangka siap dalam masa tiga tahun.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles