Jambatan kayu runtuh di Kampung Maidan Sugut dibaiki secara gotong royong

 

PAITAN: Armada Bersatu Bahagian Beluran bersama penduduk kampung dan Pejabat Parlimen Beluran telah bergotong royong membaiki laluan jambatan kayu yang runtuh di Kampung Maidan, Sugut Paitan.

Advertisements

Naib Ketua Armada Bersatu Beluran Alias Wan Jailani yang turun padang meninjau kerosakan jambatan kayu tersebut semalam berkata kerja pembaikan dilakukan secara gotong royong membabitkan laluan jambatan kayu yang rosak sepanjang 20 meter.

Katanya pada masa sama, pembaikan di beberapa laluan lain yang rosak di jambatan kayu itu akan dilakukan selepas ini untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk kampung Maidan termasuk digunakan oleh murid sekolah.

Beliau berkata kerja pembaikan ini merupakan inisiatif jangka pendek diambil oleh pihak Pejabat Parlimen Beluran.

Baru-baru ini, kerosakan laluan jambatan kayu yang runtuh itu telah diviralkan di media sosial.

Kerja pembaikan jambatan runtuh itu turut dikongsi di Facebook Armada Bersatu Bahagian Beluran.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles