KOTA KINABALU: Operasi bas express bagi laluan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom (Syarikat Tung Ma Nui Luk) di Jalan Padang telah berpindah ke Terminal Bas KK Sentral.
Menurut kenyataan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip, perpindahan itu berkuatkuasa 4 Julai lepas.
Katanya berikutan itu, operasi Bas Express di Padang akan dihentikan sepenuhnya berkuatkuasa pada 12 Julai ini.
Sehubungan itu, Noorliza mengingatkan orang awam yang menggunakan perkhidmatan bas itu supaya menggunakan perkhidmatan bas di Terminal Bas KK Sentral, Jalan Kemajuan.