Wong Wee Tyg rangkul Anugerah Pelajaran Diraja Majlis Konvokesyen UMS ke-23

Oleh: Nurhamizah Musa

Advertisements

KOTA KINABALU: Graduan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Wong Wee Tyng, 24, berjaya merangkul Anugerah Pelajaran Diraja (Bukan Bumiputera) pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-23.

Wee Tyng, graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dinobatkan sebagai penerima anugerah itu selepas mencatatkan keputusan yang cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.91.

“Saya sebenarnya sama sekali tidak menyangka namun berasa bersyukur dan gembira kerana dipilih menjadi penerima bagi anugerah ini.

“Saya secara peribadi ingin mendedikasikan anugerah ini kepada keluarga saya khususnya kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi.

“Terima kasih juga kepada kakak saya serta rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada untuk menempuhi suka duka dalam pengajian sehingga berjaya menamatkan pengajian di UMS,” ujar Wee Tyng.

Menurutnya, antara kunci kejayaan beliau adalah sentiasa cekal dan bersikap tidak mudah berputus asa selain mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya.

“Pada ketika ini saya sedang bekerja di salah sebuah syarikat firma audit di Kota Kinabalu.

“Dalam masa yang sama, saya juga dalam proses untuk menyiapkan Sijil Kelayakan Profesional Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA),” jelasnya yang berasal dari Kudat Sabah.

Untuk rekod, seramai 4,319 graduan UMS bagi tahun 2021 diraikan pada Majlis Konvokseyen ke-23 yang berlangsung pada 25 – 27 Jun 2022.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles