Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia sebanyak RM800 dibawah Agrobank jamin kesinambungan aktiviti pengeluaran makanan

 

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini mengambil maklum status bekalan makanan negara yang dibentangkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi lapan komoditi makanan utama iaitu daging ayam, daging lembu/ kerbau, telur, susu segar, ikan, buah, sayur dan beras.

Advertisements

Menteri MAFI Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata secara amnya, bekalan makanan negara masih mencukupi dan bekalan ayam kekal stabil pada minggu ketiga bulan Jun 2022 serta disasarkan mencukupi untuk menampung permintaan bulan semasa.

Mesyuarat Kabinet juga bersetuju dengan pelaksanaan Dana Pembiayaan Agromakanan
Keluarga Malaysia (DPAKM) di bawah Agrobank yang melibatkan peruntukan sebanyak RM800 juta bagi menjamin kesinambungan aktiviti pengeluaran makanan, katanya dalam satu kenyataan.

Katanya program DPAKM ini akan menawarkan kemudahan pembiayaan yang khusus mengikut agih pembiayaan sebagaimana berikut:

(i) RM300 juta bagi ternakan ayam;

(ii) RM200 juta bagi ternakan ruminan (lembu dan kambing);

(iii) RM100 juta bagi tanaman sayur-sayuran;

(iv) RM100 juta bagi usahawan mikro;

(v) RM50 juta bagi usahawan mikro baharu; dan

(vi) RM50 juta bagi usahawan muda.
Had maksimum pembiayaan bagi ternakan ayam, ternakan ruminan dan tanaman sayursayuran ditetapkan sehingga RM5 juta.

Ronald menambah had maksimum pembiayaan bagi usahawan mikro, usahawan mikro baharu dan usahawan muda adalah sehingga RM500,000.

Katanya tempoh pembiayaan untuk DPAKM ini adalah sehingga 8.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium yang akan ditawarkan kepada semua golongan sasar.

Beliau berkata MAFI juga giat dalam mempermudah pembayaran tuntutan subsidi ayam kepada penternak sebanyak RM729.43 juta sejak 5 Februari lalu.

Sehingga 21 Jun 2022, sebanyak 4,041 permohonan tuntutan subsidi dengan nilai RM262 juta telah diluluskan oleh MAFI, katanya.

Ronald berkata Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara akan terus memantau status bekalan makanan negara dan pelaksanaan tindakan-tindakan susulan
intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan selain memperincikan inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang merentasi semua subsektor agromakanan.

Katanya kerajaan akan meneruskan usaha untuk memperkukuh sekuriti makanan negara dalam memastikan kelangsungan bekalan dan ketersediaan makanan di pasaran kekal terjamin dengan harga yang berpatutan bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles