KEMAS main peranan penting perkasakan semangat aspirasi Keluarga Malaysia

 

KOTA BELUD: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berharap
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)
akan terus memainkan peranan bagi membantu kerajaaan memperkasa semula dan memupuk semangat Aspirasi Keluarga Malaysia.

Advertisements

Beliau yakin Kemas yang mempunyai rangkaian yang besar di seluruh negara mampu membantu merealisasikan wawasan murni kerajaan itu.

“Saya melihat Kemas mampu melonjakkan aspirasi Keluarga Malaysia dengan menganjurkan pelbagai program sosial dan pendidikan untuk semua lapisan masyarakat, termasuk ibu bapa,” katanya.

Salleh yang juga Adun Usukan berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan bagi Parlimen Kota Belud di Dewan Terbuka Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Usukan Amran Disah.

Konsep Keluarga Malaysia yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri smail Sabri Yaacob, antara lain menekankan pentingnya ikatan kekeluargaan, kebersamaan dan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Salleh berkata konsep keluarga Malaysia wajar diterapkan, bukan sahaja dalam urusan pentadbiran dan kepimpinan kerajaan malahan idea yang sama wajar bermula di rumah.

“Pendekatan seumpama in tepat pada masanya dani diwajar disokong oleh semua pihak, terutama ketika kita semua sedang berdepan fasa andemik Covid-19 yang telah mengubah kelaziman berfikir dan cara kehidupan yang baharu, termasuk melengkapkan ibu bapa dengan pengetahuan serta kemahiran berkenaan di rumah.

“Bagi saya, ini penting kerana keluarga merupakan pengasuh yang mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan sahsiah anak-anak,” katanya.

Selain itu, Salleh berkata keluarga merupakan kumpulan sosial pertama yang merangkumi kehidupan anak-anak berbanding kumpulan sosial luar yang lain.

“Justeru itu, Ibubapa haruslah menunjukkan contoh teladan dan akhlak yang baik dihadapan anak-anak serta meluangkan masa berkualiti mendampingi anak-anak kita,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles