Sebuah Rumah Terbakar di Jalan Jaramatai, Sook

KENINGAU: Sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar di Batu 22 Jalan Karamatai Berhampiran Kilang Sawit Kim Loong, Sook pada malam Selasa.

Advertisements

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON), Misran Bisara berkata kejadian yang berlaku pukul 9.19 malam itu turut melibatkan sebuah kenderaan jenis perodua myvi yang terbakar 5 peratus.

Katanya, Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 300’ 2 pancutan sumber air dari tangki jentera.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu pada pukul 10.25 malam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Sementara itu, seoranh lelaki maut apabila kereta Vigo dipandunya bertempung dengan kereta Honda Jazz di Jalan Kolam Berdekatan Dewan Foo Chow Bundusan, Luyang, Kota Kinabalu awal hari ini.

Menurut kenyataanJabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sabah, dalam kejadian sekitar pukul 8.16 pagi itu, mangsa maut berumur 57 tahun itu dikenali sebagai Arshad manakala pemandu Honda Jazz, Syilvie tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sesiapa yang mempunyai Maklumat lanjut berhubung perkara itu boleh menghubungi Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Misran Bin Bisara 0138546031 dan Ketua Balai Lintas PKPgB Agustavia Joe Guasi 012-8178843/088-422652.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles