Ahli PBS diminta terus aktif promosi parti

SANDAKAN: Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Julita Majungki meminta semua ahli parti untuk terus aktif mempromosikan parti tertua di Sabah itu.

Advertisements

Katanya, rakyat perlu tahu bahawa PBS adalah sebuah parti yang baik dan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa, baik dan berintegriti.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Bersatu Bulan Penerangan PBS di Zon Sandakan Bandar di sini kelmarin (13 Jun).

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Centre for Development Studies and Consultancy (CDSC).

Julita juga menjelaskan, bulan penerangan yang julung-julung kali diadakan ini adalah merupakan salah satu usaha PBS bagi membantu bahagian-bahagian parti untuk terus mendekati rakyat demi memperkenalkan dan menarik lebih ramai rakyat lagi untuk menjadi ahli.

Antara pengisian program itu ialah taklimat dan tutorial untuk pendaftaran keahlian secara dalam talian (online registration) dan aplikasi PBS (PBS app) yang disampaikan kepada para peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin dari lima bahagian PBS di Zon Sandakan Bandar.

Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong berharap, selepas program ini, bahagian-bahagian PBS khususnya di Zon Sandakan Bandar, dapat memanfaatkan teknologi berkenaan untuk menambah ahli dan mewar-warkan aktiviti-aktiviti bahagian masing-masing demi memperkasakan lagi PBS di kalangan rakyat Sabah dan Malaysia.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian PBS Elopura, Datuk Linda Tsen; Ketua Pegawai Operasi CDSC, John Chryso Masabal dan Penceramah CDSC, Dr. Bonaventure Boniface.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles