Penghapusan PT3 perlu dibuat secara menyeluruh bukan pendekatan ‘piecemeal’ – UPKO

Oleh Ahli Parlimen Tuaran/Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

Advertisements

KOTA KINABALU: Penghapusan peperikasaan Pentaksiran Tahap Tiga (PT3) mampu mengurangkan pendekatan “examination oriented” dalam sistem pendidikan negara.

Oleh sebab itu, penghapusan PT3 hendaklah satu pendekatan menyeluruh dalam sistem pendidikan negara dan bukannya satu pendekatan “piecemeal”.

Pedagogy perlu dirubah untuk memenuhi tuntutan pendekatan baru. Contohnya dalam bidang sains, penghayatan dan peningkatan minat terhadap sains lebih penting daripada pencapaian akademik. Oleh itu pedagogy Sains seperti Inquiry Based Science Education (IBSE) hendaklah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara yang baru.

IBSE sudah sekian lama Kita buat pilot study sejak saya Menteri MOSTI dahulu.

Psychometric assessment juga perlu diperkenalkan sebagai self assessment pelajar untuk mengetahui kekuatan, kelemahan dan juga talenta mereka. Semuanya untuk meperbaiki diri dan seterusnya mengetahui pathways masa depan pengajian yang akan dibuat diperingkat universiti.

Pendidikan TVET juga perlu dijadikan sebagi sebahagian daripada sistem pendidikan seperti di Germany.

Langkah kita memperjuangkan penubuhan Malaysian Board of Techonologist (MBOT) semasa saya Menteri MOSTI adalah untuk memberi pengiktrifan dan pemerkasaan TVET dinegara ini.

Rakyat ingin melihat reformasi sistem pendidikan yang mampu memacu keperluan kelansungan hidup rakyat yang melangkaui tuntutan akedamik semata-mata.

Biarlah reformasi itu menyeluruh dan bukannya piecemeal.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles