KOTA KINABALU: Gabungan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sabah memandang serius berhubung isu sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Sandakan tular kerana menelan belanja mencecah RM1 dan turut menyentuh isu perkauman.
Presidennya, Datuk Fadli Fathullah berkata, pihaknya menerima banyak laporan berhubung isu itu yang tular di media sosial baru-baru ini di mana sepatutnya tidak perlu disensasikan dengan menyebut bangsa tertentu di negeri ini.
“Rasanya banyak lagi orang lain mengadakan majlis kahwin yang pernah membelanjakan lebih dari RM2 juta untuk perkahwinan mereka.
“Apa yang tidak menyenangkan mengenai bangsa suku Suluk. Kenapa harus disebut mengenai bangsa di dalam media kerana isu bangsa agak sensitif di Sabah dan ramai akan menimbulkan spekulasi yang negatif terhadap bangsa suku Suluk di negeri ini.
“Pihak kami tiada masalah dengan pembelanjaan mereka yg memakan cecahan jutaan ringgit, tetapi kita ambil perhatian kepada media untuk tidak menimbulkan spekulasi negatif berkaitan bangsa-bangsa yang ada di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum itu, tular di media sosial menyatakan sebuah majlis perkahwinan mewah yang dipercayai berlangsung di Sandakan memakan kos perbelanjaan sehingga RM1 juta dan menyebabkan ia menjadi perbualan netizen sejak beberapa hari ini.