Frenerietta Sobitun dinobat Ratu Unduk Ngadau Kaamatan peringkat negeri Sabah 2022

PENAMPANG: Frenerietta Sobitun dari Sandakan dinobatkan Ratu Unduk Ngadau Kaamatan peringkat negeri Sabah 2022 yang berlangsung di Hongkod Koisaan, dekat sini pada Selasa.

Advertisements

Guru sekolah rendah berusia 25 tahun itu berjaya mengetepikan cabaran 43 peserta lain pada pertandingan akhir Unduk Ngadau sempena pesta kaamatan peringkat negeri tahun ini, sekaligus membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai lebih RM120,000

Naib johan dimenangi peserta dari Papar, Esther Marius , manakala tempat ketiga jatuh kepada peserta dari Ranau Deedee Cassandra Dallius.


Wakil Penampang Carolyn Tony hanya menduduki tempat keempat manakala peserta dari Kiulu Allveanna Loimin memperolehi tempat kelima.

Peserta harapan Kota Marudu, Evanatie Sannie berpuashati di tempat keenam manakala tempat ketujuh diraih peserta Inanam Sylvernie Belinda Engelbert.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles