Projek Naiktaraf Jalan Tongod-Keningau Beri Banyak Manfaat

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

TONGOD: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, apabila Projek menaik taraf Jalan Tongod-Keningau sejauh kira-kira 40 kilometer siap sepenuhnya ianya akan memberi manafaat kepada penduduk Tongod,Keningau dan sekitarnya.

Beliau berkata projek yang menelan kos RM320 juta yang mula dilaksanakan tahun lepas,sudah tentu memberikan sistem pengangkutan yang lebih baik dan selesa kepada penduduk yang sekian lama menanti kemudahan jalan raya berturap.

“Jalan raya yang menghubungkan kampung Linayukan, di sini, dengan Kampung Sinaron, Sook di Keningau itu memanfaatkan kepada penduduk di 19 buah kampung sepanjang laluan berkenaan” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran projek menaik taraf Jalan Linayukan, Tongod – Sinaron, Sook Sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri dan Pesta Kaamatan di kampung Lalampas Tongod dekat sini kemarin.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata , apabila siap, jalan raya berkenaan ianya akan memendekkan perjalanan di antara kedua daerah berikutan laluan yang ada kini perlu menggunakan jalan ke Kota Kinabalu sebelum ke Keningau.

” Ketika ini pelaksanaan kerja pembinaan sudah mencapai 19 peratus” katanya

Bung Menambah impak projek ini amat besar yang mana dulu kalau orang Tongod hendak ke Keningau mereka perlu melalui Kota Kinabalu dengan jarak sejauh 315 kilometer.

“Siap saja jalan ini nanti, jarak ke Keningau hanya lebih kurang 200 saja,” katanya

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata jalan perhubungan yang baik penting bagi mencetuskan peluang ekonomi bukan saja di daerah ini dan Keningau, malah daerah sekitarnya seperti Tambunan dan Nabawan

Katanya, penduduk daerah ini mampu meningkatkan lagi tahap sosio ekonomi dengan adanya peluang ekonomi hasil infrastruktur jalan raya yang baik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles