Gabungan NGO Sabah lebar sayap tubuh lebih banyak cawangan untuk sokong kukuhkan penubuhan GRS

SANDAKAN: Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan melebarkan sayapnya dengan penambahan cawangan lain di daerah ini sebagai usaha membantu rakyat dari pelbagai aspek termasuk kebajikan dan pembangunan ekonomi di Sabah.

Advertisements

Presidennya, Datuk Fadli Fathullah berkata, pihak gabungan ketika ini sedang mempergiatkan aktiviti dalam membentuk serta menambah cawangan di setiap kampung di daerah ini.

“Penambahan cawangan di setiap perkampungan ini dibentuk dan diserapkan di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Dari 72 cawangan bagi lima zon Sandakan dan akan ada penambahan lagi untuk cawangan-cawangan ini ditubuhkan melalui gabungan NGO Sabah agar keprihatinan NGO dan kerajaan terhadap rakyat Sabah akan lebih dekat dan lebih mudah untuk kita bantu mereka termasuk dari segala aspek kebajikan dan pembentukkan serta pembangunan ekonomi,” katanya selepas hadir pada Majlis Pelancaran Gabungan NGO Sabah dan perasmian Pejabat Gabungan NGO Sabah di sini, hari ini.

Tambah Fadli lagi, gabungan itu akan menyokong kepimpinan GRS dan diyakini mampu memberikan perubahan serta impak ekonomi yang lebih baik kepada rakyat Sabah.

“Gabungan NGO Sabah yang telah mencatat lebih 150 NGO yang terlibat akan membangunkan rakyat Sabah melalui kerjasama yang dilaksanakan serta sokongan padu kepada kerajaan dan juga GRS untuk terus mentadbir negeri ini,” katanya.

Mengulas mengenai majlis yang dihadirinya, Fadli menyambut baik pelancaran Gabungan NGO itu yang dijadikan sebagai platform untuk membantu rakyat.

“Selaku Pengerusi Gabungan NGO Sabah saya berbesar hati apabila sambutan pelancaran gabungan ini disambut baik oleh rakan NGO yang lain.

“Platform ini adalah sokongan dari salah seorang pemimpin yang inginkan perubahan kepada rakyat Sabah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah yang memberi kerjasama dan nasihat dalam aspek kebajikan rakyat dibentuk dan diatur secara baik serta tersusun. Selain idealogi beliau untuk membangunkan rakyat Sabah dari segi kebajikan ekonomi dan juga pembangunan di negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu, Fadli berkata, usaha murni akan terus diserapkan di dalam gabungan NGO Sabah dalam usaha membangunkan ekonomi rakyat serta pembangunan Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles