Pelajar UMS anjur program akademik dan khidmat komuniti di Pulau Mabul

KOTA KINABALU: Kelab Pengurusan Kewangan dan Perbankan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan (PMPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan program akademik dan khidmat komuniti di Kampung Pulau Mabul, Semporna, baru-baru ini.

Advertisements

Pengarah Program Nur Afikah Ahmad berkata, penganjurannya antara lain bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar UMS dalam aktiviti kemasyarakatan selain membiasakan diri dengan tanggungjawab sosial bersama komuniti setempat.

“Seramai 36 pelajar Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) telah mengambil bahagian sepanjang dua hari program ini berlangsung bersama dan tiga pensyarah pengiring.

“Program ini juga melibatkan kerjasama komuniti kampung beserta para pelajar Madrasah Islamiah Pulau Mabul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Pulau Mabul, Haji Mohd Yosuff Jalal berkata, melalui aktiviti kemasyarakatan itu diharapkan dapat memberikan kesedaran akan pentingnya menjaga kelestarian Pulau Mabul sebagai sebuah pusat pelancongan yang terkenal di negeri Sabah.

“Dalam masa yang sama program seumpama ini amatlah dialu-alukan bagi memupuk semangat anak-anak jati di kampung agar sentiasa berusaha untuk belajar sehingga ke peringkat menara gading.

Dengan tema “Masih Ada yang Sayang”, program itu turut dihadiri Guru Besar Madrasah Islamiah Pulau Mabul, Haji Morshid Harun.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles