Salleh Ucap Selamat Hari Raya pada rakyat

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Ahad mengajak umat Islam di negeri ini untuk memanfaatkan sambutan Aidilfitri tahun ini untuk bersama sanak saudara selepas dua tahun tidak dapat merayakannya bersama susulan penularan virus Covid-19.

Advertisements

Dalam perutusan ringkas di Facebook, beliau yang juga Adun Usukan menegaskan tentang pentingnya kesederhanaan dalam menyambut Aidilfitri.

“Marilah kita manfaatkan sambutan Hari Raya kali ini kerana sudah dua tahun kita tidak pulang ke kampung.

“Apa yang penting ialah bersederhana dan mematuhi SOP (Covid-19) yang sudah pun menjadi norma dalam kehidupan kita,” katanya.

Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Salleh, isteri Datuk Raya Erom dan keluarga mengucapkan selamat Aidilfitri — maaf zahir dan batin kepada semua Umat Islam, khususnya yang berada di dalam Kawasan DUN Usukan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles