Banggi Berpotensi besar dalam pelbagai sudut – Jahid

BANGGI: Daerah Kecil Banggi mempunyai potensi yang besar dalam pelbagai sudut, hanya dengan sedikit sentuhan idea, rakyat akan dapat menikmati kelebihan-kelebihannya kelak.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, dari segi nama, daerah Banggi sudah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu lokasi pelancongan terkenal.

“Cuma bagaimana kemasyuran itu dapat diterjemahkan agar mampu memberi impak kepada rakyat di Banggi, saya percaya pihak pentadbir di sini akan sama-sama memikirkannya nanti,” tambah Jahid.

Beliau berkata demikian pada Lawatan Kerja beliau bersama rombongan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kecil Banggi, dekat sini pada Isnin.

Turut hadir Setiausaha Tetap KPLBS, Datuk Hj Faimin Kamin, Timbalan Setiausaha Tetap II, Norsafi Hj Dukah, Pegawai Daerah Kudat, Hj Bakri Nanun, Setiausaha Politik KPLBS, Jilias Lintar, dan para Pegawai Kanan KPLBS.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, menyeru kepada semua kakitangan Pejabat Daerah Kecil Banggi untuk meneruskan kecemerlangan dan tanggungjawab bagi memastikan apa juga perancangan dapat dicapai.

Pada lawatan tersebut, Jahid dan rombongan telah diberi taklimat mengenai pembangunan Daerah Kecil Banggi, yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Banggi, Asdi @ Mohd Faizal Hussin.

“Terima kasih kepada Asdi dan kakitangan Pejabat Daerah Banggi atas layanan baik dan segala persediaan rapi sepanjang lawatan ini,” kata Jahid.

Perkara lain yang disentuh sepanjang taklimat berkenaan adalah mengenai projek-projek terkini yang sedang dan telah dilaksanakan, masalah utama di daerah Banggi, penyelesaian masalah, cadangan permohonan pembangunan berimpak ekonomi, sosial dan kesihatan, dan harapan Pejabat Daerah Kecil Banggi.

Asdi menyambut baik ketibaan Jahid, dan menganggap kehadiran beliau sebagai penyuntik semangat semua kakitangan sebagai pelaksana dasar kerajaan di peringkat daerah kecil Banggi.

Pada program sama, turut diadakan taklimat ringkas mengenai Projek Agropolitan Pulau Banggi oleh pihak Felcra Berhad Wilayah Sabah, yang disampaikan oleh Pengurus Kawasan Felcra Berhad Kawasan Kudat, Abdul Malik Jusoh.

Antara pengisian program adalah lawatan ke kawasan Projek Agropolitan Pulau Banggi, melawat Pulau Balambangan, serta kawasan-kawasan pantai mempunyai pasir jenis Silika, yang dikatakan memiliki banyak manfaat untuk kehidupan manusia.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles