Bung Bayangkan PRU15 Diadakan Sebelum akhir tahun ini

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri
Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin hari ini membayangkan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) bakal diadakan tahun ini.

Advertisements

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah mengarahkan semua pemimpin UMNO negeri supaya turun padang bagi memperkemaskan persediaan dan jentera pilihan raya di setiap bahagian.

“Kita siap sedia menghadapi pilihan raya umum yang diadakan pada bila-bila masa. Sama ada diadakan selepas Hari Raya atau lepas Julai tahun ini…..kita perlu bersedia,” katanya.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Bersama Media di sini.

Mengenai media, beliau berkata selain media elekronik dan media cetak, portal berita turut memainkan peranan penting dalam menyebarluas berita yang berkualiti kepada rakyat dan membantu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Apapun biar berita yang kita sampaikan itu tepat demi kebaikan bersama,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Bung berkata pimpinan UMNO melihat terdapat keperluan untuk mengadakan pilihan raya umum selepas MOU dengan Pakatan Harapan berakhir pada bulan Julai ini.

Beliau berkata langkah itu penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur susulan keadaan politik yang tidak berapa stabil di negara ini.

“Adalah penting untuk mendapat mandat baharu daripada rakyat untuk mentadbir negara ini,” katanya.

Bung berkata UMNO/BN dan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia berbincang bagi mengelak pertembungan sesama sendiri dalam PRU15, jika boleh dielakkan.

“Jika berlaku pertembungan dengan GRS tentu sekali ia mempengaruhi kerajaan negeri GRS-BN di Sabah nanti…ini yang kita mahu elakkan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles