Pemuda PBS Tamparuli adakan kunjungan hormat ke atas Pegawai KBSS Zon Pantai Barat

TAMPARULI: Ketua Pergerakan Pemuda PBS Tamparuli, Rizkam Yabin, bersama kepimpinan Pemuda PBS Bahagian, telah membuat kunjungan hormat kepada Pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBSS) Zon Pantai Barat, Eldridge Baxter Jilan, di Pejabat KBSS Tamparuli Tuaran, hari ini.

Advertisements

Pertemuan singkat tersebut dimulakan dengan sesi taklimat ringkas serba sedikit mengenai Pergerakan Pemuda PBS Tamparuli yang diketuainya.

Seterusnya beliau memperkenalkan rombongan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang hadir dan senarai Pergerakan Pemuda PBS Bahagian yang baharu dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bahagian, hujung bulan Mac lalu.

Rizkam turut menerangkan tujuan utama kunjungan, iaitu bagi mengeratkan silaturahim di antara Pemuda dan Pejabat KBSS Tamparuli Tuaran.

Katanya, Pemuda PBS Tamparuli akan mengenal pasti peranan yang boleh diambil oleh pihak KBSS terhadap anak-anak muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli.

“Ianya merangkumi sama ada dari segi penubuhan persatuan, penglibatan dengan badan bukan kerajaan (NGO), atau menyertai mana-mana aktiviti anjuran KBSS di peringkat daerah.

“Kita juga akan memikirkan program-program yang boleh dilaksanakan secara kolaborasi dengan pihak Pejabat KBSS Tamparuli Tuaran kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Eldridge menyambut baik kehadiran Rizkam dan rombongan, dan menganggapnya sebagai satu permulaan yang baik oleh Pemuda PBS Tamparuli dalam usaha membuat perancangan-perancangan demi kebaikan golongan muda yang ada di DUN Tamparuli.

“Saya lihat rata-rata pemimpin mereka masih muda dan berpotensi untuk membawa lebih ramai anak muda untuk menyertai program-program belia pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Naib Pemuda 1, yang juga Exco Pemuda PBS Pusat, Rudy Aswan Ajin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles