PH Beri Komitmen Penuh Luluskan RUU Anti Lompat Parti

KOTA KINABALU: Pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri pagi ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April 2022.
Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 sepertimana yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen.
Majlis Presiden Pakatan Harapan memberi komitmen penuh bahawa kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan ini.
Ketua Pembangkang juga telah membangkitkan isu MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing. Isu ini perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat.

Advertisements

Kenyataan bersama

DS Anwar Ibrahim, presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Hj Mohamad Sabu, presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)
Anthony Loke, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Datuk Seri Madius Tangau, presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

Related Articles

253FansLike

Latest Articles