Kekurangan tidak halang miliki sarjana

Oleh: Siti Noratiqah Muhammad, Pelajar Komunikasi UMS

Advertisements

KOTA KINABALU, 30 Mac – Bertubuh kerdil dengan ketinggian hanya 120 sentimeter tidak menjadi halangan kepada graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menggenggam segulung ijazah sarjana.
Ceteria Nuraqilah Yahya Ariff, 29, membuktikan kelainan fizikal tidak menghalang untuk berjaya dalam pelajaran pada Majlis Konvokesyen UMS ke-22.

Graduan Ijazah Sarjana penerima Ijazah Sarjana Sains Komputer (Kecerdasan Pengkomputeran) itu menyifatkan kekurangan diri tidak pernah melemahkan semangatnya, sebaliknya menjadikan itu sebagai motivasi untuk membuktikan beliau boleh berjaya seperti insan normal lain.

“Kedua ibu bapa saya juga sentiasa memberikan sokongan yang tinggi untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana ini.

“Pensyarah dan rakan-rakan juga memahami keadaan saya dan sentiasa menyokong sepanjang perjalanan pengajian di UMS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Canselor, selepas menerima skrol ijazah sarjana di sini.

Menurut Ceteria, beliau bersyukur kerana tidak perlu berhadapan dengan cabaran pembelajaran atas talian ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 pada 2020.

“Pada ketika itu, saya sudah membuat persiapan akhir untuk pembentangan projek tahun akhir.

“Oleh itu, saya tidak terlalu terkesan untuk menghabiskan tugasan-tugasan pengajian saya semasa PKP dilaksanakan.

“Malah saya juga turut memanfaatkan masa dengan bekerja sebagai tutor peribadi,” katanya.

Beliau yang berasal dari Perak turut menanam tekad melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah pada masa akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles