Pengurusan Masa Kunci Kejayaan Penerima Anugerah Pingat Naib Canselor UMS

Penerima Anugerah Pingat Naib Canselor, Grace Pang Li Xin

Oleh : Elfyeyon Jupinin, Pelajar Komunikasi UMS

KOTA KINABALU : Pengurusan masa yang baik menjadi faktor utama Grace Pang Li Xin muncul sebagai penerima Anugerah Emas Naib Canselor pada istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-22.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kewangan Antarabangsa itu berkata, perkara itu amat dititikberatkan beliau sepanjang menuntut di UMS.

ā€œSeorang pelajar harus bijak mengurus masa dengan baik dan sentiasa melakukan ulang kaji pelajaran secara sistematik.

ā€œJangan mengamalkan sikap yang suka bertangguh-tangguh terutama dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan pensyarah,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Sidang 2, Majlis Konvokesyen UMS ke-22, di sini, hari ini.

Menurut Grace, beliau sentiasa berusaha menyiapkan tugasan lebih awal agar mempunyai lebih banyak masa melakukan ulang kaji pelajaran.

ā€œKejayaan ini juga hasil daripada sokongan dan dorongan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.

ā€œSepanjang pengajian, ibu bapa sering memberi kata-kata suntikan semangat melalui panggilan telefon.

ā€œManakala rakan-rakan pula sentiasa membantu menyelesaikan masalah pembelajaran yang tidak mampu saya selesaikan sendirian, ā€ katanya.

Ketika ditanya mengenai perancangan pada masa hadapan, Grace memaklumkan beliau ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Pelaburan Antarabangsa.

ā€œDengan mencapai sarjana dalam bidang tersebut, saya berharap mampu mencapai cita-cita berkerja dalam bidang pelaburan pada masa akan datang,ā€ katanya.

Untuk rekod, seramai 774 graduan diraikan pada sidang 2 Majlis Konvokesyen UMS ke-22.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles