Pengurusan Masa Kunci Kejayaan Penerima Anugerah Pingat Naib Canselor UMS

Penerima Anugerah Pingat Naib Canselor, Grace Pang Li Xin

Advertisements

Oleh : Elfyeyon Jupinin, Pelajar Komunikasi UMS

KOTA KINABALU : Pengurusan masa yang baik menjadi faktor utama Grace Pang Li Xin muncul sebagai penerima Anugerah Emas Naib Canselor pada istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-22.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kewangan Antarabangsa itu berkata, perkara itu amat dititikberatkan beliau sepanjang menuntut di UMS.

“Seorang pelajar harus bijak mengurus masa dengan baik dan sentiasa melakukan ulang kaji pelajaran secara sistematik.

“Jangan mengamalkan sikap yang suka bertangguh-tangguh terutama dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan pensyarah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Sidang 2, Majlis Konvokesyen UMS ke-22, di sini, hari ini.

Menurut Grace, beliau sentiasa berusaha menyiapkan tugasan lebih awal agar mempunyai lebih banyak masa melakukan ulang kaji pelajaran.

“Kejayaan ini juga hasil daripada sokongan dan dorongan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.

“Sepanjang pengajian, ibu bapa sering memberi kata-kata suntikan semangat melalui panggilan telefon.

“Manakala rakan-rakan pula sentiasa membantu menyelesaikan masalah pembelajaran yang tidak mampu saya selesaikan sendirian, ” katanya.

Ketika ditanya mengenai perancangan pada masa hadapan, Grace memaklumkan beliau ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Pelaburan Antarabangsa.

“Dengan mencapai sarjana dalam bidang tersebut, saya berharap mampu mencapai cita-cita berkerja dalam bidang pelaburan pada masa akan datang,” katanya.

Untuk rekod, seramai 774 graduan diraikan pada sidang 2 Majlis Konvokesyen UMS ke-22.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles