KBSS dalam peringkat akhir analisa data untuk majukan sukan e-sports – Ellron

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah kini dalam peringkat akhir menganalisa data-data yang boleh dijadikan intipati dan terma rujukan pembangunan e-sports di negeri ini.

Advertisements

Menterinya Datuk Ellron Angin berkata data-data itu dinilai berdasarkan maklum balas penganjuran beberapa siri sukan e-sports yang dilaksanakan oleh kementerian itu.

Katanya ini termasuk Kejohanan E-Sports Tour 2019 pada Disember 2019 yang melibatkan enam bahagian seluruh Sabah (Sebelum Pandemik COVID-19) yang berjaya menarik penyertaan seramai 16,648 peserta.

Turut dianjurkan ialah Program e-Carnival 2021, Kejohanan PUBG Mobile Borneo Challenge 2021 dan Sabahan Scrim Santai Season 2021.
 
“Data-data tersebut adalah usaha awal kementerian saya membuat penilaian (sukan e-sports) yang dilaksanakan sebelum ini,” katanya.

Ellron berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Limbahau Datuk Juil Nuatim pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya menghadapi beberapa kekangan semasa menganjurkan acara sukan e-sports.

Ellron berkata ini termasuk kelajuan talian internet yang kurang memuaskan, kekurangqn peralatan sokongan dan komputer serta ruang penganjuran studio atau konti yang tidak kondusif.

Bagi mempopularkan sukan e-Sports di negeri ini, beliau berkata kementerian itu juga menjalankan kajian terperinci meliputi kos peralatan serta kemudahan penyediaan talian internet.

Beliau berkata kajian itu turut menyentuh
aspek penyediaan prasarana yang akan melibatkan jalinan Kerjasama bersama rakan strategik berkaitan termasuk, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation dan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre.

Ellron berkata pada temasya Sukan SEA ke-30 di Filipina, pencapaian sukan e-Sports atlet dari negeri Sabah yang mewakili pasukan kebangsaan amat memberangsangkan.

Ini terbukti dengan kejayaan dengan meraih pingat Gangsa pada acara sukan Mobile Legend berpasukan.

Peserta negara dari negeri Sabah dalam acara tersebut termasuklah Abdul Wandi Abdul Kadir, Izme Haqeem Hamsjid dan Jamil Bin Nurolla, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles