Oleh TENGKU NOOR SHAMSIAH TENGKU ABDULLAH editor@dagangnews.com
KUALA LUMPUR: Dasar-dasar negar terutama berkaitan pemulihan ekonomi kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan tepat, terutama memberi peluang kepada usahawan wanita Tressie Yap Chui Kee, seorang arkitek dan usahawan sosial yang bekerjasama rapat dengan masyarakat yang kurang bernasib baik di Sabah berkata, program dan dasar awam kerajaan secara amnya telah memberikan banyak kuota serta peluang untuk wanita dalam pelbagai sektor. “Sepanjang tempoh yang terjejas oleh Covid19, wanita secara amnya paling terjejas dari segi emosi dan fizikal kerana tugas mereka di rumah meningkat disebabkan oleh mod pembelajaran dalam talian dan kerja pasangan termasuk menguruskan anak-anak, katanya. Beliau merujuk kepada peruntukkan dana pembiayaan berjumlah RM230 juta antaranya melalui program Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) di bawah Majlis Amanah Rakyat dan Tekunita menerusi Tekun Nasional yang diumumkan dalam bajet 2022. Yap berkata demikian ketika diminta berkongsi pendapat tentang dasar kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Peruntukkan ini sudah pasti penggalak ekonomi. Ini bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19 selain meningkatkan kapasiti perniagaan mereka. “Ini adalah bagus jika ini terpakai kepada semua bidang pekerjaan wanita termasuk separa profesional & professional, katanya kepada DagangNews.com. Yap berpendapat, dasar menetapkan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita dalam semua syarikat tersenarai awam mungkin tidak berap sesuai kerana ia mungkin merosakkan penilaian prestasi berasaskan kemahiran. Menurutnya, program berorientasikan kesaksamaan gender yang memfokuskan kepada cara wanita melengkapkan lelaki, harus dititikberatkan dan bukannya hanya tertumpu kepada pemerkasaan wanita sahaja. “Dengan cara ini, kaum wanita akan dapat bersaing dengan merit dan adil, “kata Yap. Di bawah pentadbiran Ismail Sabri Malaysia berada dalam landasan terbaik pemulihan ekonomi untuk kembali ke era sebelum pandemik Covid-19. Antara indikatornya, Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berkembang 3.1 peratus pada tahun 2021 berbanding menguncup 5.7 peratus 2020. Kurang daripada jangkaan disebabkan peningkatan kes COVID-19 pada penghujung tahun 2021. Dalam laporan oleh Bloomberg, Malaysia disenaraikan kedudukan ke-18 negara terbaik di dunia dalam senarai ranking ketahanan COVID-19. Malaysia merupakan negara terbaik di Asia Tenggara dalam menangani pandemik berbanding Singapura berada di tangga ke-27, Thailand (31), Indonesia (44), Vietnam (47) dan Filipina (50).