Bung Sambut Baik Kebenaran Keluarkan KWSP Sehingga RM10,000

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menyambut baik dan menyokong langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 kemarin.

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu isu yang menjadi berdebatan sebelum ini termasuk beliau sendiri menyentuh perkara ini semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat dua minggu lepas merupakan khabar gembira buat rakyat yang amat mengharapkan pengeluaran itu kerana mengharungi kehidupan yang susah dan terdesak ekoran penularan wabak Covid-19.

“Sudah tentu ini merupakan khabar gembira buat rakyat yang sebelum ini terpaksa mengharungi kehidupan yang sukar ekoran penularan wabak Covid-19 dan lebih mengembirakan kepada masyarakat Islam yang bakal menyembut bulan ramadan dan hari raya Aidil fitri sudah tentu dapat meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri istiadat pembukaan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 pada Rabu.

Majlis tersebut disempurnakan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah, keputusan kerajaan untuk membenarkan pengluaran KWSP sehingga RM10,000.00 ini membuktikan kerajaan amat cakna dan prihatin dengan keadaan ekonomi yang membelanggu rakyat sejak penularan pandemik Covid-19 yang sebilanganya kehilangan pekerjaan dan pernigaan terjejas.

Bagiamanpun, Bung turut mengingatkan pencarum yang ingin mengluarkan simpanan mereka agar berhemah berbelanja mengikut keperluan yang mendesak.

“Pencarum yang ingin mengeluarkan simpanan , berbelanjalah secara berhemah mengikuti kepentingan dan keperluan yang mendesak pada masa kini,” katanya

Bung menambah bagi mereka yang tidak memerlukan, biarkan simpanan tersebut kekal di dalam KWSP kerana yang penting, mereka harus mengimbangi antara masalah masa depan dan keperluan hari ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles