Oleh: Jaafar Abd Wahid
PASIR GUDANG: Dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berbaki seminggu lagi , Barisan Nasional (BN) perlu melakukan pecutan akhir di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meraih lebih banyak sokongan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, bagaimanapun sentimen pengundi Johor khususnya di kawasan angkat BN Sabah Dun Tiram,Puteri Wangsa Parlimen Tebrau dan Dun Permas dan Johor Jaya di Parlimen Pasir Gudang pada ketika ini, menampakan susana Feel Good (berasa baik) dengan peningkatan sokongan yang diperolehi untuk keseluruhan kawasan yang ditandingi BN pada PRN ini.
“Jika dibandingkan pada hari pertama semasa penamaan calon, saya fikir telah berlaku peningkatan sokongan kepada BN untuk tempoh beberapa hari sahaja lagi sebelum hari pengundian pada 12 Mac ini
“Semua calon telah memberikan yang terbaik, semua parti ada peluang ketika ini namun, berdasarkan prestasi calon, tidak mustahil BN dapat menguasai PRN Johor khususnya kawasan ini” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan beberapa siri lawatan bersama jentera parti BN di beberapa Pusat daerah mengundi (PDM) Taman Pasir Puteh, PDM Sungai Tiram, PDM Masai Utara Selatan dan tengah ,PDM Pelabuhan Pasir Gudang Dun Permas kemarin.
Bung yang juga Pengerusi BN Sabah berharap memontum ini akan sampai ke hari pengundian dan turut mengingatkan agar jentera parti di hari-hari terakhir berkempen melipatgandakan usaha memenangi hati pengundi dengan memperjelaskan manifesto Iktiar BN Johor untuk PRN kali ini.
” Ini yang perlu kita (jentera) perjelaskan kepada pengundi kempen dengan berfakta dan mempunyai hala tuju yang jelas berbeza dengan budaya kempen parti lawan lebih banyak proganda,fintah dan serangan peribadi” jelas Bung
Menurut Bung rakyat sudah muak dengan cara kempen proganda dan fintah parti pembangkang,apa yang mereka mahukan sekarang adalah kestabilan politik dari sebuah kerajaan yang mempunyai hala tuju yang jelas untuk membangunkan negara mensejahterakan kehidupan rakyat.
Bung juga turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Johor dan BN Johor yang memberikan kepercayaan kepada BN/UMNO Sabah untuk menjadi menjadi bapa angkat kepada empat dun dalam kawasan Parlimen Tebrau dan Pasir.
” Kami (jentera BN Sabah) hadir membantu kempen PRN kali ini atas semangat Keluarga Malaysia” yang mengharapkan kemenangan akan berpihak kepada BN untuk menerjui kerajaan negeri Johor untuk kestabilan politik dan kemakmuran negara” katanya.